sihat's FotoPage
kesihatan fizikal dan mental
By: sihat menu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Tuesday, 2-Oct-2007 12:44 Email | Share | | Bookmark
KESIHATAN

 
Penjagaan kesihatan hepar anda
HEPAR - organ kedua terbesar dalam sistem tubuh badan kita. Saiznya adalah kira-kira empat kali lebih besar daripada jantung.

Hepar merupakan satu organ unik yang berupaya menghasilkan sel baru untuk menggantikan sel yang rosak.

Akan tetapi, jikalau hepar mengalami kecederaan berulang kali untuk jangka masa yang panjang misalnya pengambilan alkohol dan merokok secara melampau, hal ini akan menyebabkan hepar mengalami kerosakan yang tidak boleh diperbaiki.

Fungsi hepar

Hepar memainkan peranan penting sebagai takungan darah dan sistem penapisan tubuh.

Ia menapis satu liter darah sesaat untuk menyingkirkan bakteria, bahan toksik dan zarah asing daripada peredaran darah.

Hepar juga bertanggungjawab dalam penghasilan pelbagai jenis bahan penting misalnya glukosa, trigliserida, kolesterol, fosfolipid, asid amino, protein plasma dan hempedu dalam penyelenggaraan kesihatan tubuh.

Glukosa adalah sumber tenaga sel tubuh yang penting. Hepar berperanan untuk mengekalkan paras glukosa yang normal dalam darah.

Sekiranya paras glukosa dalam darah adalah rendah, hepar akan menguraikan glikogen kepada glukosa lalu dihantar ke dalam peredaran darah.

Kolesterol adalah komponen penting membran sel dan trigliserida. Hepar menggunakan kolesterol untuk menghasilkan asid hempedu yang penting dalam pencernaan lemak dan penyerapan vitamin larut lemak (A, D, E dan K).

Peranan hepar dalam metabolisme lemak adalah penting dalam pengurusan keadaan kolesterol tinggi dan berat badan.

Selain itu, hepar juga berperanan sebagai takungan bagi vitamin larut lemak, vitamin B12, besi dan kuprum.

Sebagai organ penyahtoksikan, hepar berupaya menyingkirkan bahan toksik daripada darah dengan menukarkan bahan toksik ini kepada zarah kurang berbahaya.

Penjagaan kesihatan hepar

Terdapat pelbagai jenis herba, nutrien dan makanan yang dapat membantu dalam perlindungan sel hepar.

Bagi mengurangkan serangan bahan kimia ke atas hepar, pengambilan suplemen Milk Thistle merupakan langkah yang bijak.

Kajian Milk Thistle sebagai herba dan makanan dalam perlindungan fungsi hepar menunjukkan hasil yang positif.

Kajian saintifik selama 40 tahun di Eropah telah mengenal pasti Milk Thistle sebagai herba yang terunggul untuk melindungi dan membantu pertumbuhan semula sel hepar dalam kes seperti hepatitis, alkoholisme, sirosis, kerosakan akibat kesan dadah farmaseutikal, keracunan cendawan dan pendedahan terhadap bahan kimia.

Kegunaan Milk Thistle yang lain termasuk meringankan sakit kepala, alergi dan memulihkan sistem pencernaan yang tidak baik akibat kelembapan fungsi hepar.

Bahan aktif dalam Milk Thistle iaitu silymarin bertindak sebagai antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas yang dihasilkan semasa proses metabolisme tubuh dan penguraian bahan toksik.

Silymarin juga membantu untuk meningkatkan paras glutation yang bertanggungjawab dalam penyahtoksikan pelbagai jenis hormon, dadah dan bahan kimia dalam tubuh.

Fungsi silymarin yang lain termasuklah merangsang sintesis protein bagi meningkatkan penghasilan sel hepar yang baru untuk menggantikan sel yang rosak.

Keupayaan silymarin ini adalah penting dalam rawatan penyakit seperti hepatitis kronik, sirosis dan hepar berlemak.

Dandelion juga merupakan herba untuk kesihatan hepar dan digunakan dalam keadaan seperti penyakit kuning dan batu hempedu.

Dandelion membantu dalam proses penyahtoksikan dengan melancarkan pengaliran hempedu. Biasanya, kombinasi Milk Thistle dan dandelion digunakan untuk merawat penyakit hepar dan batu hempedu.

Panduan penjagaan kesihatan hepar

* Menikmati pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan untuk memastikan bekalan serat dan nutrien adalah mencukupi.

* Kurangkan pengambilan daging merah, minyak dan lemak dihidrogenasi, gula ringkas, pengawet makanan, pewarna dan perisa tiruan, alkohol serta kafeina.

* Meningkatkan pengambilan nutrien antiradikal bebas seperti beta-karoten, vitamin C, E, zink dan selenium untuk melindungi sel daripada kemusnahan radikal bebas dan membantu dalam penyahtoksikan.

* Mengambil makanan yang kaya dengan asid lemak perlu seperti minyak evening primrose, minyak biji labu, minyak biji flaks, minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak bunga matahari dan minyak ikan yang membantu dalam pembinaan semula membran sel hepar.

* Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk menyingkirkan bahan toksik yang diurai oleh hepar.






Sunday, 30-Sep-2007 02:07 Email | Share | | Bookmark
BARU BELAJAR BUAT BLOG

Tolong tunjuk ajar sesiapa yang singgah di sini


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net